Tempahan untuk kak fatima..
~CLASS FAUX CAKE ~
Assalamualaikum... Apa khabar anda di luar sana...
Terima kasih kepada mereka yang sudi belajar membuat faux cake di Ayu cozzy Cottage.
saya harap bila sudah datang belajar teruskan minat untuk membuat faux cake. walau pun nanti cik abang bising-bising apa daaaaa.. bikin cake yang tak boleh di makan..:)
Thank you kak sabariah dan kak Sumarni dua orang sahabat( tukang kasut geli hati bila kak sue panggil gitu)
harap jangan serik datang belajar, ternyata anda berdua punya citarasa yang sama.
suka banyak aicing kalau boleh satu cake penuh aicing.
masing2 punya kreativiti dan citara rasa warna yang berbeza.
insyaallah kalau ada rezeki kita berjumpa lagi.
Kenangan berbasah-basahan di dalam hujan ribut tidak mungkin saya lupakan.
Kak Sumarni dr Singapore
Kak Sabariah dr Singapore
Kak Ainie Anggun dari Johor
sweet colour yang lembut menjadi pilihan kak ainie.
kak ainie juga pandai melukis folk art..
Jijie Alias dr Puchong
dengar khabar nya jijie sekarang banyak mendapat tempahan membuat door gift untuk perkahwinan.
alhamdulillah.
okey sampai di sini dahulu. berjumpa lagi di lain n3. saya sebenarnya memang suka bercakap tetapi tiap kali nak buat n3 penyakit hilang ingatan ,tergagap pun ya,kering idea pun ya. semua nya datang.
sebelum saya merapu entah apa-apa lagi baik saya mohon undurkan diri.
kepada mereka yang sudi singgah di blog saya mekaceh banyak-banyak ya ..love uols.
wassalam...
Faux Cake
Tempahan dari kak Fatimah
to kak fatimah sebarang pertanyaan boleh call or sms saya.
tempahan dari Ana.
Assalamualaikum... Terima kasih kepada anda yang masih sudi lagi singgah di blog saya.meskipun blog agak jarang di update lately ni.
thank juga kepada yang sudi follow. saya akan menziarah dan follow blog anda juga ya..;)
n3 kali ini..
tempahan faux cake dari kak Peah singapore. hope kakak n the gang suka dengan fc ini.
seperti mana yang telah kakak reguest.
Saya cuba sebaik mungkin untuk mendapat hasil yang terbaik.
seriusly kek ini agak besar dan memerlukan masa yang agak lama untuk saya membuat bunga.
berat fc juga jangan di kira mak oooo mak sampai sakit tulang belakang dan jari jemari saya nak menyiap kan nya.
i'm not the experts cake maker...:)
Lagi pun buat faux cake tidak sama dengan kita buat cake yang boleh di makan.
berat cake juga tidak sama.maklum lah simen kan.
kepada kak peah sebarang pertanyaan boleh dan sila hubungi saya.
p/s
kepada tuan punya faux cake..
cake anda akan saya gunakan untuk foto shoot di dalam sebuah akhbar.
insyaallah minggu depan.. tarikh bila paper akan keluar later saya akan update di blog.
jadi jangan lepaskan peluang untuk menyimpan keratan akhbar yang mempunyai gambar faux cake anda yang telah di tempah dari ayu cozzy cottage ya.
tiada niat lain selain untuk kita sharing.
for memories only.
Jumpa lagi di lain masa...bye.
~LACE~
Hai ebibodi...
Ya n3 hari berkisar tentang lace. sana sini berlace-lace itu bagi mereka yang berminat. kalau yang tak berminat rasanya masih mengekalkan tema bunga2 bg yang minat konsep inglish ni.
just nak share projek terbaru saya..hamboooi macam besar sangat projek nya tu ya..
habis tu kalau asyik hapdet n3 pasal faux cake je jemu kan.
gambar di bawah adalah setelah saya siap memotong dan mencantumkan lace untuk dijadikan sarung kerusi makan.
jom kita layan...
CREAM N WHITE LACE.
Saya beli lace ini di sebuah kedai di bandar klang.
akceli tujuan asal saya hendak mencari peralatan sekolah anak2 saya yang masih belum lengkap.
sekali tertoleh pula pada satu kedai yang agak lama dan tak berapa ramai pelanggan nya.
saya memang suka masuk kedai2 lama macam ni .bukan apa kadang-kadang kita akan berjumpa sesuatu yang tidak kita jangka kan.
hehehe...kononnnn...!!!
Di sapa oleh nyonya yang dah agak separuh abat..tuan punya kedai mybe.. Lu cali apee.. telo cina yang hagak pekat..
Lapik meja ada jual ke nyonya?
Macam mana mau...sini mali...sambil membawa saya ke bahagia belakang kedai.
ILi macam ka? sambil menunjukkan alas meja bunga2 plastik..
Adooooiii nyonya ini macam tesco pun ale juai lorr....
secara tak sengaja saya terpandang lipatan kain yang agak berabuk di situ.
nyonya itu apa?
itu haa? itu kelusi punya atas kasi taluk maaa..atas meja pun lu moleh taluk..
JENG...JENG..JENGGGGG.........!!!
Halapakkkkk.....eh nyonya saya manyak suka. sini mali saya mau tengok..
ini balang sulah lame maa.. lu mau ka? kasi angkat semua lah wa kasi mulah-mulah sama lu AMOI.
Wahhhh... cik bedah rasa macam nak melompat katak , melompat kijang ...
hehehe... pasai apa pulak?
pasal yang pertama nyonya tu panggil cik bedah AMOI... bukan mak amoi ekk.. yang kedua memang nyonya ni tolak harga langsam harga adik ipar sungguh..!!
Nyonya saya angkat semua arr..arr...:-)
alhamdulillah rezeki jangan di tolak musuh jangan di cari.
Saiz lace yang agak besar
sesuai juga diletakkan di wingchair
lace yang sama tetapi corak bunga yang berlainan.
saya cantumkan menjadi 3 dan menjadikan dia curtain di dapur.
taraaa.... ini lah hasil nya. sebenar nya saya nak story lagi tapi telephone rumah asyik berdering je. maka terbantut lah penulisan saya.
hokey..rasa nya n3 yang agak panjang dari saya ke laut pergi nya dah!...hahaha
apa-apa pun janji happy.
assalammualaikum kawan2 semua sampai jumpa lagi.
FAUX CAKE FOR SALE....
Ready stock Interested.. call 0126251628
FOR SALE
FOR SALE
FOR SALE
FOR SALE
Faux Cake
Assalammualikum.. Tempahan fc yg telah di siapkan kepunyaan kak peah dr seberang tambak Johor. minta maaf kerana mengambil masa untuk menyiapkan nya. hmppp apa khabar bloger2 semua? harap anda semua sihat sejahtera hendaknya. Dunia blog seakan sepi lately ini , maklum lah semua orang sudah punya muka buku. rasa nya bila disana lebih senang dan mudah. akan tetapi ada kala jemu juga. To me ..kalau kita nak releks2, me suka lagi di blog masuk blog minah saleh sudah semestinya dan menjadi keutamaan. mencari dan mencedok idea.
Hokey lah sampai di sini dulu jumpa lg di lain waktu . adios amigos ...
Maafkan kami penunggu gua.. maafkan kami penunggu gua.. ( dialog si ajis n sudin ) sebenarnya fc ni tertinggal keretapi saya lupa nak uploadkan untuk kak sabariah.
Antara tempahan yang telah di siapkan.
jumpa lagi..
Aloha.....
Faux cake untuk kak Peah Cingapore..
I suka ngan u kak , pasal bila I tanya you nak fc yang macam mana ? you bilang sembarang...
sembarang ekk..
okey ini dia fc sembarang kak peah ya , hope u like it ya kak ..:)
This one untuk kak sumarti, harap I tak salah nama ..rasa nya betulkan haizz asyik terlupa nama orang, je cik bedah ni.. oso from cingapore
4~ kak sumarti...
Bb anong Penang.
4~Kak sumarti
4~ Aida
4~Rose
Okey jumpa lagi..