~LAWAK FAUX CAKE~
Helo..helo.. assalammualaikum, boleh cakap dengan MAS AYU ? mualaikumsalam .. mas ayu? ayu tu dah betul tapi mas tu bukan . ya..ya.. ni ayu yang buat kek dalam komputer tu ke ? ya saya! siapa ni ? ini makcik mary ( bukan nama sebenar) dari Sabak Bernam .(pun bukan lokasi sebenar). makcik ni nak tanya pasal kek ni haa... makcik nak tempah boleh? ishhh ... boleh sesangat makcik.
makcik nak cup cake untuk buat hataran bertunang anak makcik , kalau makcik bawak ke johor tahan tak nak? ( She panggil me anak ,anak pun anak lah ...ngeeeeee) tahan mak .. eh me pulak tersasul panggil dia mak . Makcik nak macam dalam gambar ni ,yang kek nya warna pink bunga nya putih .. ok ..makcik boleh.. nak bila tu makcik ? kek nya tu perasa apa nak? tapi anak tak payah bubuh riben bunga kiri kanan tu ya .. kesian, susah pulak nanti orang nak makan . errrrrkkkkkk... me tak boleh tahan nak gelak . terburai jugak akhir nya .. makcik .. minta sorry ya .. ni bukan kek makan lah makcik .. ayu buat kek perhiasan je ni . alahai kesian makcik . Laaaaa...iye ke nakkk... lagi kuat makcik tu gelak dari me... ketinggalan zaman betul makcik ni .. hidup-hidup makcik ingat kan ini kek makan . emmmpp.. tak pelah makcik . nanti lah tunggu me g masuk class buat kek betul2 , me jual lah kek betul ekk makcik .. muahahhaha.. bila tahun tu cik bedah oiiii... Seronok dapat berbual dengan makcik . kami berbual hampir setengah jam jugalah . ok setakat tu dulu cerita sepetang bersama makcik.
Lagi tempahan yg telah di siapkan .
CUP CAKE YANG DIA ATAS Di tempah oleh BONDA COTTAGE sempena hari cukur jambul anak perempuan nya. Tahniah cik ina.

1 comment:

Bonda_Naufal said...

thanks cikyu.... alhamdulillah semuanye selamat.... syukur....

Post a Comment