~UTUSAN MALAYSIA HARI INI ~

Sedap dipandang, tak boleh makan

Hasil kerja seni Rahayu Abdul Halim dalam membuat faux cake.

JIKA anda berkunjung ke rumah kawan yang menjadi pengumpul barangan perhiasan dan perabot Inggeris, jangan terpedaya jika terlihat sebiji kek yang cantik terletak di atas meja makan.

Tidak menghairankan jika anda menelan air liur melihat kek yang cantik yang sudah tentunya sedap dan lazat. Namun sebenarnya kek tersebut sekadar untuk tatapan dan tidak boleh dimakan.

Jika anak anda merengek inginkan kek tersebut maka pandai-pandailah memujuk kerana yang pasti dia k tidak akan dapat menjamah walaupun secubit.

Kek tiruan atau lebih dikenali sebagai faux cake sudah lama dijadikan sebagai perhiasan di rumah masyarakat Barat yang memilih konsep perhiasan Inggeris.

Bagaimanapun ia masih lagi baru di kalangan masyarakat negara ini. Kek tiruan ini mungkin hanya popular di kalangan penggemar barangan Inggeris atau mereka yang memilih konsep hiasan dalaman Inggeris bagi rumah mereka.

Rahayu Abdul Halim, 37 tahun, pakar membuat faux cake berkata, kek tiruan ini dibuat daripada simen lepa atau putty sealer yang digunakan bagi menutup rekahan pada dinding.

Beliau yang merupakan peminat barangan dan deko Inggeris menambah, walaupun masih baru ramai peminat barangan dan deko Inggeris yang sudah mula mengetahui mengenainya dan menjadikan faux cake sebagai perhiasan di atas meja makan di rumah mereka.

Selain itu, ia juga boleh dijadikan perhiasan di atas kabinet dapur.

''Faux cake ini tahan lama sehingga bertahun-tahun dan rupanya tetap sama. Selagi tidak terjatuh dan pecah, selagi itulah ia boleh dijadikan sebagai perhiasan.

"Sebab itu ramai yang sanggup membeli bagi dijadikan perhiasan kerana cantik dan tahan lama,'' kata Rahayu yang mula belajar membuat faux cake daripada seorang di Internet.

Beliau menjelaskan, bahan-bahan yang digunakan bagi membuat kek tiruan tidaklah terlalu mahal dan cara pembuatannya juga tidak sukar.

Namun ia memerlukan kepakaran bagi menghias kek dan idea kreatif dalam mencampur warna bagi dijadikan ising kek.

''Di antara bahan-bahan yang digunakan bagi membuat faux cake ini ialah simen lepa, gabus hijau yang digunakan bagi menggubah bunga, buah-buahan, bunga dan daun tiruan.

''Mula-mula salut gabus hijau dengan simen lepa hingga tertutup keseluruhannya. Kemudian biarkan kering dan baru dicat dengan cat akrilik.

"Selepas itu hias atas kek dengan piping ising mengikut warna yang disukai. Hias dengan bunga, buah, daun atau perhiasan lain seperti figura kartun, permainan kecil, anak patung dan sebagainya,'' ujar Rahayu yang kini menjual faux cake kepada kawan-kawan atau pelanggan yang menempah melalui Internet.

Beliau berkata, harga sekeping kek yang dijualnya ialah RM18 sementara bagi sebiji kek ialah RM70 ke atas mengikut rekaan.

Bagi pelanggan daripada luar Kuala Lumpur termasuk Sabah dan Sarawak, faux cake yang ditempah akan dihantar melalui pos.

Setakat ini, Rahayu telah pun membuat sebanyak 100 biji kek, beratus keping kek hirisan, ais krim dan coklat tiruan yang ditempah pelanggan.

Selain menyiapkan tempahan pelanggan, Rahayu turut mengadakan kelas membuat faux cake di rumahnya. Jika peserta ramai seperti daripada persatuan, Rahayu sanggup ke tempat mereka.

''Kebanyakan yang hendak mengikuti kursus ini ialah mereka yang sudah mempunyai kedai kek. Mereka tertarik dengan faux cake ini dan membuatnya bagi dipamerkan di kedai mereka,'' kata Rahayu.

Mereka yang berminat, boleh menghubungi beliau di Facebook yang beralamat English Home Decor atau blognya, Irdayu.blog.sport. Bagi yang ingin mengikuti kursus, boleh menghubungi 012-9187472.

BENGKEL FAUX CAKE

TARIKH~ 22 MEI 2010.

MASA~9 PG ~ 5 PTNG

FEE~RM 150.00 SEORANG (termasuk lunch and tea break)

Bahan-bahan disediakan oleh kami.

BERTEMPAT~ NO 22A, JALAN KIARA 1.

TAMAN PERINDUSTRIAN UEP,USJ 12 SUBANG JAYA.

CALL azlin 0129187472 or Irdayu 0126251628

untuk maklumat lanjut sila ke~~

Facebook~Indah Reka Cipta Home Decoration and Furniture.

4 comments:

fitty's pinky rose cottage said...

tahniah ayu! all the best and hope your home business blooms!

IRDAYU said...

t.q kak azi..
mudah-mudahan aminn..

rossana said...

salam ayu....lama tk masuk cni...wah dh jd celebrity dah kira ni...congratulations anyway....pah ni akak nk bukak utusan online..kat opis ni ada BH ...he..he...

IRDAYU said...

m'salam kak akma ..t.q kak..
ala mana ada biasa2 je kak..t.q singgah sini.

Post a Comment