Assalamualaikum.. Hari ni ayu nak menyambut cabaran dari kak rose..kita main sambut sambut tag.. aku tak reti sebenonye nak bertag-tag ni...tapi bedah cuba ya kak rose..yeh..malaysia boleh..mama ayu pun borehh... tag dari fibie 1. Copy badge "2008 Cute Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda 2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda 3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.. (anda di-tag!) o.k kita mula senggkarang ya.. Kak rose atau lebih di kenali dengan panggilan kak yon..mula aku kenali ketika pandai berforum di WMC. Masa tu aku ade berkenan barang kat kedai kak rose..tanya punya tanya..sembang punya sembang,rupa nye kak rose ni pun dodok shah alam.. sedang elok lah tu boleh aku terus g beli barang dan sambil tu buat lawatan sambil meniru kat rumah kak rose..kih..kih.kih..ni acara wajib.. kak rose ni seorang yang lembut..dan juga baik hati..bukan bodek ya..tapi kenyataan..dan juga tak meninggi diri itu yang paling penting.. buat kak rose ,ayu gembira dapat berkenalan dengan akak,semoga silaturrahim ini akan berpanjangan...mudah mudahan amin.. 1-Kalau pertama kali orang jumpa aku ,dorang mesti ingat aku ni sombong dan bengis..mungkin air muka aku kot.. ni bukan aku yang cakap tapi mereka2 yg mula2 nak kenal aku yang cakap. tapi percayalah setelah korang mengenali aku hari2 korang akan lebih ceria..(fakta) 2-aku senang berkawan dengan semua orang tak kira siapa saja ,asalkan mereka selesa dan aku pun selasa...berkawan biar beribu berkasih berkahwin biar la satu..ngeh..ngeh.....(fakta) 3-walaupun badan aku ni besar tapi hati aku kecik..mudah tersentuh jika lihat orang menangis..mungkin kerana kehilangan ibu pada usia yang masih muda 14 tahun usia aku ketika itu..membuat kan aku menjadi lebih berdikari ....(fakta) 4-Aku paling pantang dengan manusia yang hipokrit..bermuka-muka dan suka tikam kawan dari belakang..bagi aku mereka ni jenis manusia yang tidak pandai bergaul sesama makhluk..manis di depan kelat di belakang.. kalau aku dapat kawan yang jenis macam ni..aku akan pelan2 menjauhkan diri....(fakta) 5-Ramai orang yang kenal dengan aku mengatakan aku ni kelakar...emmm..kelakar ke? mungkin aku suka bergurau kot..dan ade juga kawan2 yang berkata mulut aku ni tajam takde insuran..betul ke..? macam ni la bg aku senang je..ape yang ada di dalam diri aku ni begitu juga lah diluar.. kalau tak suka aku kata tak..kalau tak cantik kenapa harus aku kata cantik.. kalau kau tak suka berkawan ngan orang tu kenapa mesti kau terhegih-hegih di depan dia..sedangkan kat belakang dia berbakul-bakul dosa yang kau umpat.. bukan kah hipokrit namanye.. Dan kadang tu tak juga ,aku terpaksa angguk juga demi menjaga hati kawan yang sedang gundah gulana...(Fakta) Amacam mesti korang pening kan baca statment aku ni.. Now hobi pulak.. 1-Sudah semestinye la menghias rumah..aku tak reti duduk diam ade je yang nak dibuat..kelebek sana kelebek sini..alih sana..alih sini..kadang tu kena sound gak ngan somi aku..mama taknak bawak masuk dapur ngan peti ais kat dalam bilik ke.. lain dr lain kate nya..kih..kih.kih..bedah buat pekak je..janji rumah aku cantik.. 2-memasak ni hobi ke..? boleh lah ..aku suka masak, habih tu nak buat camne nak taknak mesti kena masak juga kan.. 3-Bercucuk tanam..pakkal la aku ni duduk flet..kalau tak pokok durian pun aku tanam..wa..ka..ka..aku suka tanam pokok bunga ..tapi aku tak suka jenis yang berbunga..camne pulak tu..maksudnye aku suka pokok yang berdaun hijau..haa..segar je biji mata ni..senang nak jaga pun satu. 4-apa lagi yek..tak kan kumpul stem kot...eemm jap nak pikir.. haaa...sudah semestinya bertenet la...kalau tak tenet satu hari cam tak lengkap je.. 5- Adoiyaiiii..kak rose..kak rose..ape lah lagi hobi aku ni..jalan-jalan makan angin boleh tak...? boleh la ya..aku suka g jenjalan tak kira la yg dekat ke jauh ke..kalau tak tido 5 hari 5 malam pun takpe janji berjalan.. fuhhh...lega dah habis...lepas ni aku nak tag..sape pulak ya..jap pak berahim nak lempor dadu...mari kita tengok sape yang kena.. penerima seterusnye..ialah... 1-jue 2-sue 3-kak lina 4-kak ana 5-hanidivila 6-coco korang sambut jangan tak sambut tau...kasi perah otak sikit..

5 comments:

Rose kakrose said...

salam ayu..
ceria dan sangat berterus terang ayu ni..suka melawak pulak tu..
heheh..

Life's better in Pink said...

oohh kakyon duk shah alam ye...tak tau lah tu...bole lah kita jumpa ye kak...

Life's better in Pink said...

eh salah..bukan tak tau...tak jauh lah tu kakyon..

Life's better in Pink said...

yu..kita bole geng lah..kak ana pun kaki jalan jugak...kalau weekends mmg tak lekat kat rumah..hari biasa pun kalau ada kesempatan pun nak jalan jugak..hehhee

IRDAYU said...

sory ya kak rose ngan kak ana lambat balas..dua hari ni sibuk sikit..ha..ah kak ana ..kalau jalan..takyah tido pun takpe...kak ana ada tahi lalat kat kaki kot

Post a Comment